Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ قُرَيْشًا أُعْطيَت ما لم يُعطَ النَّاسُ: أَعطَوا ما مَطرَتِ السَّماءُ، وما جَرَت بهِ الأنهارُ، وما سالَت بهِ السُّيولُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Quraisy diberikan apa yang tidak diberikan kepada kaum lain. Mereka diberikan perkara yang boleh menyebabkan langit menurunkan hujan, perkara yang boleh menyebabkan sungai dan air mengalir.
Sahabat Perawi
- al-Hulais RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1953, hadis no. 9781. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن الحليس رضي الله عنه قال: قال ﷺ: إِنَّ قُرَيْشًا أُعْطِيَتْ مَا لَمْ يُعْطَ النَّاسُ: أُعْطُوا مَا مَطَرَتِ السَّمَاءُ، وَمَا جَرَتْ بِهِ الْأَنْهَارُ، وَمَا سَالَتْ بِهِ السُّيُولُ. [أبو نعيم في ((المعرفة الصحابة))، ((الضعيفة)) (7024)]
(Palsu) Daripada al-Hulais RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya Quraisy diberikan apa yang tidak diberikan kepada kaum lain. Mereka diberikan perkara yang boleh menyebabkan langit menurunkan hujan, perkara yang boleh menyebabkan sungai dan air mengalir. [Riwayat Abu Nuaim dalam Makrifah al-Sahabat. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 7024]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman