Sesungguhnya Qaf adalah gunung berasal daripada batu permata zabarjad yang berwarna hijau

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن قاف جبل من زبرجدة خضراء تحيط بالدنيا كإحاطة الحائط بالبستان والسماء واضعة أكنافها عليه فزرقتها منه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Qaf adalah gunung berasal daripada batu permata zabarjad yang berwarna hijau, mengelilingi bumi sebagaimana pagar mengelilingi kebun. Langit yang tinggi sekitarnya lalu warna kebiruannya adalah daripadanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 78, hadis nombor 137. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومن هذا حديث "إن قاف جبل من زبرجدة خضراء تحيط بالدنيا كإحاطة الحائط بالبستان والسماء واضعة أكنافها عليه فزرقتها منه" وهذا وأمثاله مما يزيد الفلاسفة وأمثالهم كفرا.

Di antaranya (hadis palsu) ialah hadis:
إِنَّ قَافَ جَبَلٌ مِنْ زَبَرْجَدَةٍ خَضْرَاَء تُحِيطُ بِالدُّنْيَا كَإِحَاطَةِ الْحَائِطِ بِالْبُسْتَانِ وَالسَّمَاءِ رَافِعَة أَكْنَافَهَا عَلَيْهِ فَزُرْقَتُهَا مِنْهُ
“Sesungguhnya Qaf adalah gunung berasal daripada batu permata zabarjad yang berwarna hijau, mengelilingi bumi sebagaimana pagar mengelilingi kebun. Langit yang tinggi sekitarnya lalu warna kebiruannya adalah daripadanya.”
Hadis ini dan seumpamanya telah menjadikan ahli falsafah Zindiq dan orang-orang seperti mereka bertambah kufur.

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.