Sesungguhnya pintu untuk orang berpuasa di syurga adalah al-Rayyan

TEKS BAHASA ARAB

لكل باب من أبواب البر باب من أبواب الجنة، وإن باب الصوم يدعى الريان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bagi setiap pintu daripada pintu-pintu kebaikan terdapat satu pintu daripada pintu-pintu syurga. Dan sesungguhnya pintu puasa itu disebut sebagai al-Rayyan.

STATUS

Munkar dengan lafaz ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 114, hadis nombor 589. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا اللفظ)
عن سهل بن سعد – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم-: لكل باب من أبواب البر باب من أبواب الجنة، وإن باب الصوم يدعى الريان.
[طب، ((الضعيفة)) (5939)]

(Munkar dengan lafaz ini)
Daripada Sahl ibn Sa‘d RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Bagi setiap pintu daripada pintu-pintu kebaikan terdapat satu pintu daripada pintu-pintu syurga. Dan sesungguhnya pintu puasa itu disebut sebagai al-Rayyan.
[Riwayat al-Ṭabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah, no.5939]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs