Munkar Dengan Lafaz Ini
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لِكُلِّ بَابٍ مِنْ أَبْوَابِ البِرَّ بَابٌ مِنْ أَبْوَابِ الجَنَّةِ، وإِنَّ بَابَ الصَوْمِ يًدْعَى الرَيَّانُ.
Teks Bahasa Melayu
Bagi setiap pintu daripada pintu-pintu kebaikan terdapat satu pintu daripada pintu-pintu syurga. Dan sesungguhnya pintu puasa itu disebut sebagai al-Rayyan.
Sahabat Perawi
- Sahl bin Sa‘d RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar Dengan Lafaz Ini
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 114, hadis no. 589. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا اللفظ) عن سهل بن سعد - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم-: لكل باب من أبواب البر باب من أبواب الجنة، وإن باب الصوم يدعى الريان. [طب، ((الضعيفة)) (5939)]
(Munkar Dengan Lafaz Ini) Daripada Sahl ibn Sa‘d RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Bagi setiap pintu daripada pintu-pintu kebaikan terdapat satu pintu daripada pintu-pintu syurga. Dan sesungguhnya pintu puasa itu disebut sebagai al-Rayyan. [Riwayat al-Ṭabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah, no.5939]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman