Sesungguhnya pintu rezeki terbuka luas dari arasy sehingga perut bumi

TEKS BAHASA ARAB

يا زبير! إن باب الرزق مفتوح من لدن العرش، إلى قرار بطن الأرض، يرزق الله كل عبد على قدر همته ونهمته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Zubair, sesungguhnya pintu rezeki terbuka luas dari arasy sehingga perut bumi. Allah SWT memberi rezeki kepada setiap hamba berdasarkan usahanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 615, hadis nombor 3203. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أسماء بنت أبي بكر- رضي الله عنها -، قالتْ: قال لي الزبير- رضي الله عنه-: مررتٌ برسول الله – صلى الله عليه وسلم – فجبذ عمامتي فالتقت إليه فقال لي: ((يا زبير! إن باب الرزق مفتوح من لدن العرش، إلى قرار بطن الأرض، يرزق الله كل عبد على قدر همته ونهمته)). [حل، ((الضعيفة)) (3175)].

(Palsu)
Daripada Asma’ binti Abu Bakr RA beliau berkata: Al-Zubair berkata kepadaku: Aku pergi kepada Rasulullah SAW lalu Baginda menarik serbanku lalu aku berpaling kepadanya seraya dia berkata: ((Wahai Zubair, sesungguhnya pintu rezeki terbuka luas dari arasy sehingga perut bumi. Allah SWT memberi rezeki kepada setiap hamba berdasarkan usahanya.))
[Riwayat Abu Nu'aym dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3175].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs