Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا زُبَيرُ! إِنَّ بَابَ الرِزْقِ مَفْتُوحٌ مِن لدُنِ العَرشِ، إلَى قَرَارِ بَطْنِ الأرضِ، يَرْزُقُ اللهُ كُلَّ عَبدٍ على قَدَرِ هِمَّتِهِ ونَهْمَتِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Zubair, sesungguhnya pintu rezeki terbuka luas dari arasy sehingga perut bumi. Allah SWT memberi rezeki kepada setiap hamba berdasarkan usahanya.
Sahabat Perawi
- Asma’ binti Abu Bakr RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 615, hadis no. 3203. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أسماء بنت أبي بكر- رضي الله عنها -، قالتْ: قال لي الزبير- رضي الله عنه-: مررتٌ برسول الله - صلى الله عليه وسلم - فجبذ عمامتي فالتقت إليه فقال لي: ((يا زبير! إن باب الرزق مفتوح من لدن العرش، إلى قرار بطن الأرض، يرزق الله كل عبد على قدر همته ونهمته)). [حل، ((الضعيفة)) (3175)].
(Palsu) Daripada Asma’ binti Abu Bakr RA beliau berkata: Al-Zubair berkata kepadaku: Aku pergi kepada Rasulullah SAW lalu Baginda menarik serbanku lalu aku berpaling kepadanya seraya dia berkata: ((Wahai Zubair, sesungguhnya pintu rezeki terbuka luas dari arasy sehingga perut bumi. Allah SWT memberi rezeki kepada setiap hamba berdasarkan usahanya.)) [Riwayat Abu Nu'aym dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3175].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman