Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ وَرِكَ المؤمنِ اليُسرَى لفي الجنةِ، وذلك أنه لا تَتِمُّ له صلاةٌ حتى يَتَوَرَّك عليها.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya pinggul kiri seorang mukmin telah berada di dalam syurga. Disebabkan itulah, tidak akan sempurna solat seorang mukmin itu sehinggalah dia duduk bertawarruk di atasnya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 256, hadis no. 1328. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إن ورك المؤمن اليسرى لفي الجنة، وذلك أنه لا تتم له صلاة حتى يتورك عليها)). [عد، ((الضعيفة)) (2461)]
(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya pinggul kiri seorang mukmin telah berada di dalam syurga. Disebabkan itulah, tidak akan sempurna solat seorang mukmin itu sehinggalah dia duduk bertawarruk di atasnya. [Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil Fi al-Du’afa’. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2461]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman