Sesungguhnya perumpamaan salah seorang dalam kalangan kalian dengan keluarganya, hartanya, amalannya adalah seperti seorang lelaki yang mempunyai tiga orang saudara

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إنما مثل أحدكم ومثل أهله وماله وعمله كرجل له ثلاثة إخوة فقال لأخيه الذي هو ماله حين حضرته الوفاة: ماذا عندك في نفعي والدفع عني فقد نزل بي ما ترى؟ فقال: عندي أن أطيعك ما دمت حيا وأنصرف حيث صرفتني وما لك عندي إلا ما دمت حيا فإذا مت ذهب بي إلى مذهب غير مذهبك وأخذني غيرك، فالتفت النبي صلى الله عليه وسلم فقال: هذا هو أخوه الذي هو ماله فأي أخ ترونه؟ قالوا: لا نسمع طائلا. ثم قال لأخيه الذي هو أهله: قد نزل بي من الموت ما ترى. قال: أمرضك وأقوم عليك فإذا مت غسلتك ثم كفنتك وحنطتك وأبكيك وأتبعك مشيعا إلى حفرتك. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: فأي أخ هذا؟ فقالوا: أخ غير طائل. ثم قال لأخيه الذي هو عمله: ماذا عندك؟ قال: أونس وحشتك وأذهب همك وأجادل عنك في القبر وأوسع عليك جهدي. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: فأي أخ ترون هذا؟ قالوا: خير أخ. قال: فالأمر هكذا. فقام عبد الله بن كرز الليثي فقال: ائذن لي أن أقول في هذا شعرا. قال: هات. فأنشد عشرين بيتا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya perumpamaan setiap seorang daripada kamu dan perumpamaan ahli keluarga, harta, dan amalannya seperti seorang lelaki yang mempunyai tiga saudara. Dia berkata kepada saudaranya (hartanya) ketika dia hendak wafat: Apakah manfaat yang dapat kamu berikan untukku dan menjadi pelindung buatku (di alam barzakh)? Jawabnya : Aku mentaatimu sepanjang aku hidup, aku berbelanja seperti mana kamu membelanjakanku, tiada apa manfaat yang aku boleh berikan melainkan ketika kamu masih hidup. Jika kamu sudah mati, aku akan dibawa pergi ke cara yang berbeza daripada caramu dan aku akan diambil oleh orang lain pula)). Lalu Nabi SAW berpaling dan berkata: ((Inilah dia saudaranya (yang pertama) iaitu hartanya. Apa pandangan kamu tentang saudaranya ini?)) Mereka berkata: "Kami tidak mendengar apa-apa kebaikan pun." ((Kemudian dia berkata kepada saudaranya (yang kedua) iaitu keluarganya: Telah hampir saat kematianku, apakah yang kamu ada? Keluarganya berkata: Aku merawatmu ketika kamu sakit dan aku menguruskanmu. Bila kamu mati, aku mandikan, kafankan, dan wangikan mayatmu. Aku juga akan menangisi dan mengiringimu ke kubur). Lalu Rasulullah SAW bertanya: ((Saudara macam manakah ini?)) Mereka menjawab: "Saudara yang tiada manfaatnya." ((Lalu dia berkata pula kepada saudaranya iaitu amalannya: Apakah yang kamu ada? Lalu dia berkata: Aku akan menemanimu di waktu sunyi, aku juga yang akan menghilangkan kesedihan kamu, aku akan mempertahankan kamu di dalam kubur dan aku akan berusaha demi kamu)). Lalu Rasulullah SAW: ((Bagaimana kamu melihat saudara ini?)) Mereka berkata: "Itulah sebaik-baik saudara." Rasulullah SAW kemudiannya berkata: ((Begitulah halnya)).

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1773, hadis nombor 8930. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عائشة -رضي الله عنها-، قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إنما مثل أحدكم ومثل أهله وماله وعمله كرجل له ثلاثة إخوة؛ فقال لأخيه الذي هو (ماله) حين حضرته الوفاة: ماذا عندك في نفعي والدفع عني؛ فقد نزل بي ما ترى؟ فقال: عندي أن أطيعك ما دمت حيا، وأنصرف حيث صرفتني، وما لك عندي إلا ما دمت حيا، فإذا مت؛ ذهب بي إلى مذهب غير مذهبك، وأخذني غيرك)). فالتفت النبي صلى الله عليه وسلم فقال: ((هذا هو أخوه الذي هو (ماله)؛ فأي أخ ترونه؟)) قالوا: لا نسمع طائلا. ((ثم قال لأخيه الذي هو (أهله): قد نزل بي من الموت ما ترى؟ قال: أمرضك وأقوم عليك، فإذا مت؛ غسلتك، ثم كفنتك وحنطتك، وأبكيك وأتبعك مشيعا إلى حفرتك)). فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((فأي أخ هذا؟)) قالوا: أخ غير طائل. ((ثم قال لأخيه الذي هو (عمله): ماذا عندك؟ قال: أونس وحشتك، وأذهب همك، وأجادل عنك في القبر، وأوسع عليك جهدي)). فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((فأي أخ ترون هذا؟)) قالوا: خير أخ. قال: ((فالأمر هكذا)). فقام عبد الله بن كرز الليثي فقال: ائذن لي أن أقول في هذا شعرا. قال: ((هات)). فأنشد عشرين بيتا)).
[ابن أبي حاتم في ((العلل))، أبو الشيخ الأصبهاني في ((الأمثال))، الشجري، الرامهرمزي، عق، ابن الجوزي في ((العلل))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6846)]

(Munkar)
Daripada Aisyah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Sesungguhnya perumpamaan setiap seorang daripada kamu dan perumpamaan ahli keluarga, harta, dan amalannya seperti seorang lelaki yang mempunyai tiga saudara. Dia berkata kepada saudaranya (hartanya) ketika dia hendak wafat: Apakah manfaat yang dapat kamu berikan untukku dan menjadi pelindung buatku (di alam barzakh)? Jawabnya : Aku mentaatimu sepanjang aku hidup, aku berbelanja seperti mana kamu membelanjakanku, tiada apa manfaat yang aku boleh berikan melainkan ketika kamu masih hidup. Jika kamu sudah mati, aku akan dibawa pergi ke cara yang berbeza daripada caramu dan aku akan diambil oleh orang lain pula)). Lalu Nabi SAW berpaling dan berkata: ((Inilah dia saudaranya (yang pertama) iaitu hartanya. Apa pandangan kamu tentang saudaranya ini?)) Mereka berkata: "Kami tidak mendengar apa-apa kebaikan pun." ((Kemudian dia berkata kepada saudaranya (yang kedua) iaitu keluarganya: Telah hampir saat kematianku, apakah yang kamu ada? Keluarganya berkata: Aku merawatmu ketika kamu sakit dan aku menguruskanmu. Bila kamu mati, aku mandikan, kafankan, dan wangikan mayatmu. Aku juga akan menangisi dan mengiringimu ke kubur). Lalu Rasulullah SAW bertanya: ((Saudara macam manakah ini?)) Mereka menjawab: "Saudara yang tiada manfaatnya." ((Lalu dia berkata pula kepada saudaranya iaitu amalannya: Apakah yang kamu ada? Lalu dia berkata: Aku akan menemanimu di waktu sunyi, aku juga yang akan menghilangkan kesedihan kamu, aku akan mempertahankan kamu di dalam kubur dan aku akan berusaha demi kamu)). Lalu Rasulullah SAW: ((Bagaimana kamu melihat saudara ini?)) Mereka berkata: "Itulah sebaik-baik saudara." Rasulullah SAW kemudiannya berkata: ((Begitulah halnya). Abdullah Bin Karaz al-Laithi pun bangun dan berkata: "Izinkan aku untuk mengucapkan syair." Lalu Baginda berkata: (Silakan!) lalu dia melaungkan syair sebanyak dua puluh rangkap.
[Riwayat Ibn Abī Ḥātim dalam al-‘Ilal, Abū al-Syaikh al-Aṣbahānī dalam al-Amthāl, al-Shajarī dalam al-Amālī, al-Rāmahurmuzī dalam al-Amthāl, al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, Ibn al-Jauzī dalam al-‘Ilal, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6846]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.