Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ مَثَلَ الأشعريِّينَ في الناسِ كَصِرارِ المِسْكِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya perumpamaan bani al-‘Asy’ari di mata manusia adalah seperti kantung yang di dalamnya berisi minyak wangi kasturi.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1804, hadis no. 9092. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن علي بن رباح، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((إنّ مَثل الأشعريّين في الناس كصِرار المسك)). [ابن وهب، ((الضعيفة)) (1943)]
(Lemah) Daripada 'Ali bin Rabah berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya perumpamaan bani al-‘Asy’ari di mata manusia adalah seperti kantung yang di dalamnya berisi minyak wangi kasturi." [Riwayat Ibn Wahb. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1943]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman