Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya permaafan Allah SWT yang pertama untuk hamba-Nya di dunia

Teks Bahasa Arab

إنَّ أولَ مُعافاةِ اللهِ العبدَ في الدنيا أن يَسترَ عليهِ سيئاتِهِ في الدنيا ، وإنَّ أولَ خِزْيِ اللهِ العبدَ أن يُظهرَ عليهِ سيئاتِه.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya permaafan Allah SWT yang pertama untuk hamba-Nya di dunia ialah Dia menutup keburukannya di dunia. Dan penghinaan awal Allah SWT untuk hamba-Nya ialah Dia menampakkan kepadanya keburukannya.

Sahabat Perawi

  1. Bilal ibn Yahya RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 568, hadis no. 2941.

(منكر) عن ‌بلال ‌بن ‌يحيى - رضي الله عنه – قَالَ: قَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ (إِنَّ أَوَّلَ مُعَافَاةِ اللَّهِ الْعَبْدَ فِي الدنيا أَنْ يَسْتُرَ عَلَيْهِ سَيِّئَاتِهِ فِي الدنيا، كان أوَّل خِزْي اللهِ العبدَ أن يظهرَ عليه سيئاتِه) [أبو نعيم في «معرفة الصحابة»، «الضعيفة» (7120)]

(Munkar) Daripada Bilāl ibn Yaḥyā RA telah berkata: “Rasulullah ﷺ telah bersabda: “Sesungguhnya permaafan Allah SWT yang pertama untuk hamba-Nya di dunia ialah Dia menutup keburukannya di dunia. Dan penghinaan awal Allah SWT untuk hamba-Nya ialah Dia menampakkan kepadanya keburukannya”.” [Riwayat Abū Nu‘aym dalam kitab Ma‘rifa al-Ṣaḥābah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, nombor 7120].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.