TEKS BAHASA ARAB
حديث: إن من أقل ما أوتيتم اليقين وعزيمة الصبر، ومن أعطي حظه منهما لم يبال ما فاته من قيام الليل وصيام النهار.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sesungguhnya perkara yang paling sedikit diberikan kepada kamu adalah keyakinan dan tekad untuk bersabar. Sesiapa yang diberikan keduanya, maka tidak mengapa jika ia terlepas daripada bangun malam dan puasa pada siang hari.
STATUS
Tidak Ditemui Asalnya
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 57, hadis nombor 115. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ذكره الغزالي، قال العراقي: لم أقف له على أصل.
Disebutkan oleh al-Ghazali, Al-‘Iraqi berkata: Aku tidak menjumpai asalnya.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.