Sesungguhnya perkara paling aku khuatiri berlaku kepada kamu

TEKS BAHASA ARAB

إن أخوف ما أخاف عليكم بعدي ثلاث: ما يفتح عليكم من زهرة الدنيا وزينتها، ورجال يتأولون القرآن على غير تأويله، وزلة عالم ألا أخبركم بالمخرج من ذلك؟ إذا فتحت عليكم الدنيا، فاشكروا الله، وخذوا ما تعرفون من التأويل، وما شككتم فيه، فردوه إلى الله عز وجل، وانتظروا بالعالم فيئته، ولا تلقفوا عليه عثرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya perkara paling aku khuatiri berlaku kepada kamu selepas kewafatanku adalah tiga perkara iaitu: Dibukakan kepada kamu segala keindahan dunia dan perhiasannya, para tokoh yang mentakwil al-Quran dengan takwilan yang tidak sepatutnya, dan ketergelinciran orang alim. Tidak mahukah aku beritahu kepada kamu jalan keluar daripada perkara tersebut? Apabila dibukakan dunia kepada kamu, maka bersyukurlah kepada Allah, ambillah takwilan yang kamu ketahui sahaja dan apa yang meragukan kamu maka serahkanlah ia kepada Allah ‘Azza wa jalla dan berilah masa kepada orang alim, janganlah kamu tergesa-gesa menghukum ketergelincirannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2076, hadis nombor 10416. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن محمد بن كعب القُرظي: حدثني من لا أتهم عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: إن أخوف ما أخاف عليكم بعدي ثلاث: ما يفتح عليكم من زهرة الدنيا وزينتها، ورجال يتأولون القرآن على غير تأويله، وزلة عالم ألا أخبركم بالمخرج من ذلك؟ إذا فتحت عليكم الدنيا، فاشكروا الله، وخذوا ما تعرفون من التأويل، وما شككتم فيه، فردوه إلى الله عز وجل، وانتظروا بالعالم فيئته، ولا تلقفوا عليه عثرة.
[أبو داود في ((المراسيل))، ((الضعيفة)) (6548)]

(Lemah)
Daripada Muhammad bin Ka’ab al-Qurazi, katanya: Orang yang aku tidak menuduhnya dusta telah menceritakan kepadaku daripada Rasulullah SAW, baginda bersabda: Sesungguhnya perkara paling aku khuatiri berlaku kepada kamu selepas kewafatanku adalah tiga perkara iaitu: Dibukakan kepada kamu segala keindahan dunia dan perhiasannya, para tokoh yang mentakwil al-Quran dengan takwilan yang tidak sepatutnya, dan ketergelinciran orang alim. Tidak mahukah aku beritahu kepada kamu jalan keluar daripada perkara tersebut? Apabila dibukakan dunia kepada kamu, maka bersyukurlah kepada Allah, ambillah takwilan yang kamu ketahui sahaja dan apa yang meragukan kamu maka serahkanlah ia kepada Allah ‘Azza wa jalla dan berilah masa kepada orang alim, janganlah kamu tergesa-gesa menghukum ketergelincirannya.
[Riwayat Abū Dāūd dalam al-Marāsīl. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6548]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs