Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَى أُمَّتِي النساءُ والخمر.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti bagi umatku ialah wanita dan arak.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 425, hadis no. 2293. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن علي - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «إن أخوف ما أخاف على أمتي النساء والخمر». [خط، «الضعيفة» (6052)].
(Lemah) Daripada Ali RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti bagi umatku ialah wanita dan arak. [Riwayat al-Khāṭib al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6052].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman