Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ آخِرُ مَا عَهِدَ إِلَيْنَا أَنْ قَالَ: عَلَيْكُمْ بِكِتَابِ اللَّهِ وَسَتَرْجِعُونَ إِلَى قَوْمٍ يُحِبُّونَ الْحَدِيثَ عَنِّي فَمَنْ قَالَ عَلَيَّ مَا لَمْ أَقُلْ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ وَمَنْ حِفْظَ عَنِّي شَيْئاً فَلْيُحَدِّثْهُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya perkara terakhir yang Rasulullah SAW pesan kepada kami adalah: Hendaklah kalian berpegang dengan Kitabullah. Kelak kalian akan menemui satu golongan yang suka menukilkan sesuatu daripaaku. Sesiapa yang mengatakan ke atasku sesuatu yang tidak pernah aku katakan, maka tersedia tempat duduknya di neraka. Sesiapa yang menghafal sesuatu daripaaku, maka sampaikanlah ia.
Sahabat Perawi
- Abu Musa al-Ghafiqi
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1089, hadis no. 5531. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي موسى الغافقي أنه سمع عقبة بن عامر الجهني يحدث على المنبر عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أحاديث فقال أبو موسى: إن صاحبكم هذا غافل أو هالك إن رسول الله صلى الله عليه وسلم كَانَ آخِرُ مَا عَهِدَ إِلَيْنَا أَنْ قَالَ: عَلَيْكُمْ بِكِتَابِ اللَّهِ وَسَتَرْجِعُونَ إِلَى قَوْمٍ يُحِبُّونَ الْحَدِيثَ عَنِّي فَمَنْ قَالَ عَلَيَّ مَا لَمْ أَقُلْ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ وَمَنْ حِفْظَ عَنِّي شَيْئًا فَلْيُحَدِّثْه. [حم، طب، الدولابي، ابن خزيمة في حديث علي بن حجر، ابن الضريس، ك، البزار، الضعيفة (6406)].
(Lemah) Daripada Abu Musa al-Ghafiqi bahawa beliau mendengar ‘Uqbah bin ‘Amir al-Juhani menyebutkan beberapa hadis Rasulullah SAW di atas mimbar. Lalu Abu Musa berkata: Sesungguhnya teman kalian ini sudah lupa atau binasa. Sesungguhnya perkara terakhir yang Rasulullah SAW pesan kepada kami adalah: Hendaklah kalian berpegang dengan Kitabullah. Kelak kalian akan menemui satu golongan yang suka menukilkan sesuatu daripaaku. Sesiapa yang mengatakan ke atasku sesuatu yang tidak pernah aku katakan, maka tersedia tempat duduknya di neraka. Sesiapa yang menghafal sesuatu daripaaku, maka sampaikanlah ia. [Riwayat Ahmad dalam musnadnya, riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, riwayat al-Dawlabi dalam al-Asma’ wa al-Kuna, riwayat Ibn Khuzaimah dalam Hadith ‘Ali bin Hujr, riwayat Ibn al-Durais dalam Fada’il al-Qur’an, riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak dan riwayat al-Bazzar dalam musnadnya. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6406]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman