Sesungguhnya perkara pertama yang Allah telah ciptakan adalah pena, kemudian selepasnya Allah menciptakan Nun

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

[إن] أول شيءٍ خَلَقَ اللهُ القلمُ، ثم خَلَقَ بعده النُّونَ، وهي الدَّواةُ، ثم قال سبحانه وتعالى: اكْتُب. فقال: وما أكْتُبُ؟ قال جل وعلا: اكتب ما يكونُ من عملٍ، أو أَثَرٍ، أو رِزْقٍ، [أو أجل] . فكتبَ ما يكونُ، وما هو كائنٌ إلى يومِ القيامةِ، فذلك قوله عَزَّ وَجَلَّ: {ن. والقلم وما يسطرون} ثم خَتَمَ على القَلَم، فلمْ يَنْطِقْ، ولا ينطقُ إلى يومِ القيامةِ، [ثم خلق العقل فقال: وعزَّتي! لأُكَمِلَّنَّك فيمن أَحْبَبْتُ ولأُنْقِصَنَّك فيمن أَبْغَضْتُ]


TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya perkara pertama yang Allah telah ciptakan adalah pena, kemudian selepasnya Allah menciptakan Nun, yakni dakwat. Lalu Allah SWT berkata: Tulislah dan dia menjawab: Apakah yang patut aku tulis? Allah azza wa jalla berkata: Tulislah apa yang terjadi daripada amalan, kesan, rezeki dan ajal. Lalu dia menulis apa yang terjadi dan kejadian sehingga hari kiamat. Demikianlah firman Allah SWT: ‘Nun, dan demi pena yang menulis.’ [al-Qalam: 1] Kemudian Allah mengunci pena tersebut dan tidak lagi ia berkata-kata hingga hari kiamat. Allah kemudian menciptakan akal dan berkata: Demi kemuliaanku! Akan Aku sempurnakanmu pada siapa yang Aku cintai dan akan Aku mengurangkanmu pada siapa yang Aku benci.”


STATUS

Munkar


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1708, hadis nombor 8595. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abu Hurairah RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat al-Ajurri dan Ibn Asakir.

Ia dinilai munkar oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon