Sesungguhnya perkara keji dan melampaui batas kedua-duanya bukan daripada Islam walau sedikit

TEKS BAHASA ARAB

إن الفحش والتفحش ليسا من الإسلام في شيء، وإن أحسن الناس إسلاماً أحاسنهم أخلاقاً.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya perkara keji dan melampaui batas kedua-duanya bukan daripada Islam walau sedikit. Dan sesungguhnya manusia yang paling baik Islamnya adalah yang paling baik akhlaknya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 50, hadis nombor 206. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر بن سمرة – رضي الله عنهما -، قال: كنت في مجلس فيه النبي – صلى الله عليه وسلم – وسمرة وأبو أمامة فقال: ((إن الفحش والتفحش ليسا من الإسلام في شيء، وإن أحسن الناس إسلاماً أحاسنهم أخلاقاً)). [تخ، حم، عبد الله بن أحمد في ((زوائد المسند))، طب، ع، ((الضعيفة)) (3032)].

(Lemah)
Daripada Jābir ibn Samurah RA telah berkata: “Aku telah berada dalam satu majlis yang terdapat padanya Nabi SAW, Samurah, dan Abū Umāmah RA. Lalu Baginda SAW telah bersabda: ((Sesungguhnya perkara keji dan melampaui batas kedua-duanya bukan daripada Islam walau sedikit. Dan sesungguhnya manusia yang paling baik Islamnya adalah yang paling baik akhlaknya.))
[Riwayat al-Bukhārī dalam Tārikh al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3032.]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs