Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ هذا لا يصلُحُ . يعني: شَرطُ المرأةُ لزوجِها أن لا تتزَوَّجَ بعدَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya perkara ini tidak memberi kebaikan.
Sahabat Perawi
- Ummu Mubasyir al-Ansariah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 953, hadis no. 4919. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أم مبشر الأنصارية - رضي الله عنها – قالت: إني اشترطت لزوجي أن لا أتزوج بعده؛ فقال النبي ﷺ: إن هذا لا يصلح. يعني: شرط المرأة لزوجها أن لا تتزوج بعده. [طص، طب، الضعيفة(5878)].
(Lemah) Diriwayatkan daripada Ummu Mubasyir al-Ansariah RA berkata: Sesungguhnya Nabi SAW meminang Ummu Mubasyir binti al-Barra’ bin Ma’rur kemudiannya berkata: Aku meletakkan syarat kepada suamiku supaya tidak berkahwin lagi setelah itu. Lantas Rasulullah SAW menjawab: Sesungguhnya perkara ini tidak memberi kebaikan. [Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Saghir dan al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5878].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman