Sesungguhnya perkahwinan bagi kaum wanita adalah sebahagian daripada dirinya, tidak ada perkara yang lebih besar daripada perkahwinan

TEKS BAHASA ARAB

إن للزوج من المرأة لشعبة ما هي لشيء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya perkahwinan bagi kaum wanita adalah sebahagian daripada dirinya, tidak ada perkara yang lebih besar daripada perkahwinan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 935, hadis nombor 4810. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن حمنة بنت جحش: أنه قيل لها: قتل أخوك، فقالت: رحمة الله! وإنا لله وإنا إليه راجعون. قالوا: قتل زوجك، قالت: واحزناه! فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم-: ((إن للزوج من المرأة لشعبة ما هي لشيء)).
[هــ، ك، ((الضعيفة)) (3233)].

(Lemah)
Daripada Hammanah binti Jasyh RA, bahawa dikatakan kepadanya: "Saudara kamu telah dibunuh." Kemudian dia berkata: “Semoga Allah merahmatinya! Sesungguhnya kita adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka berkata: “Suami kamu telah dibunuh." Dia berkata: “Alangkah sedihnya diriku!." Lalu Rasulullah SAW pun bersabda: “Sesungguhnya perkahwinan bagi kaum wanita adalah sebahagian daripada dirinya, tidak ada perkara yang lebih besar daripada perkahwinan."
[Riwayat Ibnu Majah dalam Sunan Ibnu Majah, al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3233].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs