TEKS BAHASA ARAB
إن النميمة والحقد – وفي رواية: النميمة؛ وهو الكذب – والشتيمة والحقيبة في النار، لا يجتمعان في قلب مسلم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya perbuatan mengadu domba dan kebencian – dalam riwayat lain: Namimah iaitu berdusta – serta penghinaan dan mencela (pelakunya) akan dimasukkan dalam neraka, keduanya tidak berkumpul dalam hati seorang muslim.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 710, hadis nombor 3632. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا)
عن ابن عمر رضي الله عنهما، قال: قال ﷺ: إن النميمة والحقد – وفي رواية: النميمة؛ وهو الكذب – والشتيمة والحقيبة في النار، لا يجتمعان في قلب مسلم.
[الطرسوسي في ((مسند ابن عمر))، طس، عدد ((الضعيفة)) (6666)].
(Sangat Lemah)
Daripada Ibn ‘Umar RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perbuatan mengadu domba dan kebencian – dalam riwayat lain: Namimah iaitu berdusta – serta penghinaan dan mencela (pelakunya) akan dimasukkan dalam neraka, keduanya tidak berkumpul dalam hati seorang muslim.
[Riwayat al-Tarasusiy dalam Musnad Ibn 'Umar, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no 6666].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.