TEKS BAHASA ARAB
إن النميمة والحقد، وفي رواية: النميمة والكذب والشتيمة والحقيبة في النار، لا يجتمعان في قلب مسلم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya perbuatan mengadu domba dan dendam – dalam satu riwayat: Adu domba dan berbohong – serta mencela dan membuat kerosakan itu berada di dalam neraka. Kedua-duanya tidak akan terhimpun di dalam jantung hati seorang muslim.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 152 hadis nombor 765. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا)
عن ابن عمر رضي الله عنهما، قال: قال صلى الله عليه وسلم: إن النميمة والحقد، وفي رواية: النميمة والكذب والشتيمة والحقيبة في النار، لا يجتمعان في قلب مسلم.
[الطرسوسي في ((مسند ابن عمر))، طس، عد، ((الضعيفة)) (6666)]
(Sangat lemah)
Daripada Ibn Umar RA berkata, Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya perbuatan mengadu domba dan dendam – dalam satu riwayat: Adu domba dan berbohong – serta mencela dan membuat kerosakan itu berada di dalam neraka. Kedua-duanya tidak akan terhimpun di dalam jantung hati seorang muslim.
[Riwayat al-Tharsusi dalam Musnad Ibn Umar, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsath dan al-Kamil Fi al-Dhu’afa’ oleh Ibn ‘Adi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6666]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.