Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya perbuatan mengadu domba dan dendam - dalam satu riwayat : Adu domba dan berbohong - serta mencela dan membuat kerosakan itu berada di dalam neraka. Kedua-duanya tidak akan terhimpun di dalam jantung hati seorang muslim

Teks Bahasa Arab

إن النميمة والحقد - وفي رواية : النميمة والكذب - والشتيمة والحقيبة في النار، لا يجتمعان في قلب مسلم.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya perbuatan mengadu domba dan dendam - dalam satu riwayat : Adu domba dan berbohong - serta mencela dan membuat kerosakan itu berada di dalam neraka. Kedua-duanya tidak akan terhimpun di dalam jantung hati seorang muslim.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 152, hadis no. 765. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عمر - رضي الله عنهما -، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((إن النميمة والحقد - وفي رواية : النميمة والكذب - والشتيمة والحقيبة في النار، لا يجتمعان في قلب مسلم)). [الطرسوسي في ((مسند ابن عمر))، طس، عد، ((الضعيفة)) (6666)]

(Terlalu Daif) Daripada Ibn Umar RA berkata, Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya perbuatan mengadu domba dan dendam - dalam satu riwayat : Adu domba dan berbohong - serta mencela dan membuat kerosakan itu berada di dalam neraka. Kedua-duanya tidak akan terhimpun di dalam jantung hati seorang muslim. [Riwayat al-Tharsusi dalam Musnad Ibn Umar, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsath dan al-Kamil Fi al-Dhu’afa’ oleh Ibn ‘Adi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6666]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.