Sesungguhnya perbuatan kamu bercakap tentang maruah saudara kamu tadi lebih dahsyat dari kamu memakan (bangkai keldai)

TEKS BAHASA ARAB

فالذي نلتما من عرض أخيكما آنفا أكثر، والذي نفس محمد بيده! إنه في نهر من أنهار الجنة يتغمس فيها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya perbuatan kamu bercakap tentang maruah saudara kamu tadi lebih dahsyat dari kamu memakan (bangkai keldai). Demi jiwaku yang berada di tanganNya.! Sesungguhnya dia sekarang berada di sungai-sungai syurga dan berenang-renang di dalamnya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 814, hadis nombor 4197. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة –رضي الله عنه- قال: جاء ماعز بن مالك الأسلمي، فرجمه النبي -صلى الله عليه وسلم- عند الرابعة، فمر به رسول الله -صلى الله عليه وسلم- ومعه نفر من أصحابه، فقال رجلان منهم: إن هذا الخائن أتى النبي -صلى الله عليه وسلم- مرارا كل ذلك يرده، ثم قتل كما يقتل الكلب، فسكت عنهم النبي -صلى الله عليه وسلم- حتى مر بجيفة حمار شائلة رجله، فقال: ((كلا من هذا))! قالا: من جيفة حمار يا رسول الله؟! قال: ((فالذي نلتما من عرض أخيكما آنفا أكثر، والذي نفس محمد بيده! إنه في نهر من أنهار الجنة يتغمس فيها)).
[خذ، الطحاوي، عب، هب، ع، ((الضعيفة)) (6318)].

(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Maiz bin Malik al-Aslami datang, lalu Nabi SAW merejamnya pada kali keempat dia mengaku, lalu Nabi SAW melaluinya bersama sahabat-sahabatnya, lalu dua orang berkata: “Sesungguhnya pengkhianat ini mendatangi Nabi SAW berulang kali namun ditolak oleh baginda, kemudian dia dibunuh seperti seekor anjing. Lalu Nabi SAW mendiamkan mereka sehingga melalui satu bangkai keldai yang bunting dan berkata: “Makanlah kamu berdua dari (Bangkai) ini! Lalu mereka berkata: Dari bangkai keldai wahai Rasulullah SAW?! Baginda bersabda: “Sesungguhnya perbuatan kamu bercakap tentang maruah saudara kamu tadi lebih dahsyat dari kamu memakan (bangkai keldai). Demi jiwaku yang berada di tanganNya.! Sesungguhnya dia sekarang berada di sungai-sungai syurga dan berenang-renang di dalamnya.”
[Riwayat Al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad, al-Tahawi dalam Syarh Maani al-Athar, Musannaf Abd al-Razzaq, al-Baihaqi dalam Syuab al-Iman, Abi Ya’la dalam Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6318]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs