Sesungguhnya peperangan itu adalah tipu daya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

قل ما بدا لك، فإنما الحرب خدعة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Katakanlah apa yang kamu mahu, sesungguhnya peperangan itu adalah tipu daya (licik).

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 793, hadis nombor 4082. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: بعث النبي ﷺ رجلاً من أصحابه إلى رجل من اليهود ليقتله، فقال رسول الله ﷺ: قل ما ‌بدا ‌لك، فإنما الحرب خدعة.
[طب، (الضعيفة) (4078)]

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn Abbas RA berkata: Nabi SAW mengutuskan seorang lelaki dalam kalangan sahabatnya kepada seorang lelaki Yahudi untuk membunuhnya, lalu Rasulullah SAW bersabda: Katakanlah apa yang kamu mahu, sesungguhnya peperangan itu adalah tipu daya (licik).
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4078]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.