TEKS BAHASA ARAB
حديث: إن شيعتنا يخرجون من قبورهم يوم القيامة على ما بهم من الذنوب والعيوب، كالقمر ليلة البدر_ إلخ.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sesungguhnya pengikut kita akan keluar daripada kubur mereka pada hari kiamat dalam keadaan yang tidak berdosa dan tiada aib seperti bulan pada malam purnama.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 396, hadis nombor 129. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
هو موضوع، وفي إسناده: من لا يحتج به.
Ia adalah palsu. Pada sanadnya terdapat orang yang tidak boleh dijadikan hujah.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.