Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya pengikut kita akan keluar daripada kubur mereka pada hari kiamat dalam keadaan tidak berdosa dan tiada aib

Teks Bahasa Arab

حديث: إن شيعتنا يخرجون من قبورهم يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَى مَا بِهِمْ مِنَ الذُّنُوبِ وَالْعُيُوبِ، كَالْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ_ إلخ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesungguhnya pengikut kita akan keluar daripada kubur mereka pada hari kiamat dalam keadaan yang tidak berdosa dan tiada aib seperti bulan pada malam purnama.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 396, hadis no. 129. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

هو موضوع، وفي إسناده: من لا يحتج به.

Ia adalah palsu. Pada sanadnya terdapat orang yang tidak boleh dijadikan hujah.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.