Sesungguhnya penghuni rumah akan berkurangan makanan mereka, maka akan bercahayalah rumah-rumah mereka

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: إن أهل البيت ليقل طعامهم فتستنير بيوتهم.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya penghuni rumah akan berkurangan makanan mereka, maka akan bercahayalah rumah-rumah mereka.


STATUS


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 156, hadis nombor 5. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه العقيلي عن أبي هريرة مرفوعا وقال: في إسناده عبد الله بن المطلب مجهول وقال: [أحمد: الحسن] بن ذكوان أحاديثه أباطيل.

Al-Uqaili meriwayatkan daripada Abi Hurairah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW), dan al-Uqaili berkata: Hadith ini pada sanadnya terdapat Abdullah bin Mutallib seorang yang majhul (tidak dikenali). Ahmad berkata: al-Hasan bin Zakuan hadith-hadithnya batil.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon