Classification icon

[Terdapat Perawi Bermasalah Pada Sanadnya]

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya penghuni rumah akan berkurangan makanan mereka, maka akan bercahayalah rumah-rumah mereka

Teks Bahasa Arab

حديث: إن أهل البيت ليقل طعامهم فتستنير بيوتهم.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesungguhnya penghuni rumah akan berkurangan makanan mereka, maka akan bercahayalah rumah-rumah mereka.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

[Terdapat Perawi Bermasalah Pada Sanadnya]

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 156, hadis no. 5. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه العقيلي عن أبي هريرة مرفوعا وقال: في إسناده عبد الله بن المطلب مجهول وقال: [أحمد: الحسن] بن ذكوان أحاديثه أباطيل.

Al-Uqaili meriwayatkan daripada Abi Hurairah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW), dan al-Uqaili berkata: Hadith ini pada sanadnya terdapat Abdullah bin al-Muttalib seorang yang majhul (tidak dikenali). Ahmad berkata: al-Hasan bin Zakuan hadith-hadithnya batil.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.