Sesungguhnya penduduk langit tidak mendengar suatu apapun daripada penduduk bumi melainkan laungan azan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن أهل السماء لا يسمعون شيئا من أهل الأرض إلا الأذان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya penduduk langit tidak mendengar suatu apapun daripada penduduk bumi melainkan laungan azan.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 274, hadis nombor 1420. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عمر -رضي الله عنهما-مرفوعا: ((إن أهل السماء لا يسمعون شيئا من أهل الأرض إلا الأذان)).
[أبو بكر المقرىء الأصبهاني في ((الفوائد))، عد، فر، الطرسوسي في ((مسند عبد الله بن عمر))، ابن الزيات في ((حديثه))، ((الضعيفة)) (‌‌3173)]

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya penduduk langit tidak mendengar suatu apapun daripada penduduk bumi melainkan laungan azan.
[Riwayat Abu Bakar al-Muqri’ al-Asbahani dalam al-Fawa’id, al-Kamil fi al-Dhu’afa’ oleh Ibn 'Adi, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws, al-Tarsusi dalam Musnad Ibn ‘Umar, Ibn al-Zayyat dalam hadis beliau. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3173]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.