Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ أهلَ السماءِ لا يسْمعونَ شيئًا منْ أهلِ الأرضِ إلا الأذانَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya penduduk langit tidak mendengar suatu apapun daripada penduduk bumi melainkan laungan azan.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 274, hadis no. 1420. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عمر -رضي الله عنهما-مرفوعا: ((إن أهل السماء لا يسمعون شيئا من أهل الأرض إلا الأذان)). [أبو بكر المقرىء الأصبهاني في ((الفوائد))، عد، فر، الطرسوسي في ((مسند عبد الله بن عمر))، ابن الزيات في ((حديثه))، ((الضعيفة)) (3173)]
(Terlalu Daif) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya penduduk langit tidak mendengar suatu apapun daripada penduduk bumi melainkan laungan azan. [Riwayat Abu Bakar al-Muqri’ al-Asbahani dalam al-Fawa’id, al-Kamil fi al-Dhu’afa’ oleh Ibn 'Adi, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws, al-Tarsusi dalam Musnad Ibn ‘Umar, Ibn al-Zayyat dalam hadis beliau. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3173]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman