Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ مِن أسرقِ السُّرَّاق مَنْ سَرَقَ مَنَارَ الأَرَضَيْنِ، وإن من أعظم الخطايا مَنِ اقْتَطَعَ مال امرئ بغير حق، وإن من أفضلِ الحسناتِ لَعيادةِ المريض، وإن من أفضلِ الشفاعة أن تشفعَ بين اثنين في نكاح حتى تَجْمَعَ بينهما، وإن لِبْسَ الأنبياءِ القميص مثل السراويلِ، وإن مما يُستجاب به الدعاء عند العطاس.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya pencuri yang paling jahat adalah orang yang mencuri tanda sempadan (yang memisahkan antara dua kawasan), dan sesungguhnya sebesar-besar dosa adalah dosa orang yang mengambil harta orang lain tanpa hak, sebaik-baik kebaikan adalah menziarahi orang yang sakit dan sebaik-baik pekerjaan orang tengah adalah orang tengah yang membantu dua orang untuk bernikah sehingga mereka disatukan. Sesungguhnya cara pakaian para Nabi adalah dengan memakai Qamis (pakaian yang nipis) sebelum memakai seluar, dan sesungguhnya antara doa yang dimakbulkan adalah doa ketika bersin.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1621, hadis no. 8187. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي رهم السمعي مرفوعا: ((إن من أسرق السراق من سرق منار الأرضين، وإن من أعظم الخطايا من اقتطع مال امرئ بغير حق، وإن من أفضل الحسنات لعيادة المريض، وإن من أفضل الشفاعة أن تشفع بين اثنين في نكاح حتى تجمع بينهما، وإن لبس الأنبياء القميص مثل السراويل، وإن مما يستجاب به الدعاء عند العطاس)). [طب، الضياء في ((موافقات هشام بن عمار))، ((الضعيفة)) (3203)].
(Lemah) Daripada Abu Rahm al-Sam’iy secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): ((Sesungguhnya pencuri yang paling jahat adalah orang yang mencuri tanda sempadan (yang memisahkan antara dua kawasan), dan sesungguhnya sebesar-besar dosa adalah dosa orang yang mengambil harta orang lain tanpa hak, sebaik-baik kebaikan adalah menziarahi orang yang sakit dan sebaik-baik pekerjaan orang tengah adalah orang tengah yang membantu dua orang untuk bernikah sehingga mereka disatukan. Sesungguhnya cara pakaian para Nabi adalah dengan memakai Qamis (pakaian yang nipis) sebelum memakai seluar, dan sesungguhnya antara doa yang dimakbulkan adalah doa ketika bersin.)) [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr dan al-Dhiya dalam Muwafaqat Hisham bin Ammar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3203].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman