Sesungguhnya penyanyi kami telah tidur

TEKS BAHASA ARAB

إن حادينا نام فسمعنا حاديكم فملت إليكم، فهل تدرون أنى كان الحداء؟ قالوا: لا والله، قال: إن أباهم مضر خرج إلى بعض رعاته، فوجد إبله قد تفرقت، فأخذ عصا فضرب بها كف غلامه، فعدا الغلام في الوادي وهو يصيح: يا يداه يا يداه! فسمعت الإبل فعطفت عليه، فقال مضر: لو اشتق مثل هذا لانتفعت به الإبل واجتمعت، فاشتق الحداء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya penyanyi kami telah tidur, kemudian kami mendengar penyanyi kamu maka kami pun menuju ke arah kamu. Adakah kamu tahu dari mana datang nyanyian di belakang unta? Mereka menjawab: Kami tidak tahu, demi Allah. Lalu baginda berkata: Sesungguhnya bapa mereka Mudhar telah keluar menuju ke arah sebahagian haiwan gembalaan, kemudian dia mendapati untanya telah terpisah (dari kandangnya). Lalu dia mengambil sebatang tongkat dan memukul tapak tangan budak suruhannya dengan tongkat tersebut. Kemudian budak itu pun pergi ke sebuah lembah dan dia menjerit: Tangan aku! tangan aku! Kemudian unta tersebut mendengar jeritan tersebut lalu kembali semula kepadanya. Maka Mudhar pun berkata: Kalaulah aku melakukan perbuatan seperti ini nescaya unta-unta akan mengambil manfaat dan mereka akan berhimpun, lalu beliau pun melakukan nyanyian unta.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 173, hadis nombor 870. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن طلحة المكي عن بعض علمائهم: أن رسول الله -صلى الله عليه وسلم- مال ذات ليلة بطريق مكة إلى حاد مع قوم، فسلم عليهم فقال: إن حادينا نام فسمعنا حاديكم فملت إليكم، فهل تدرون أنى كان الحداء؟ قالوا: لا والله، قال: إن أباهم مضر خرج إلى بعض رعاته، فوجد إبله قد تفرقت، فأخذ عصا فضرب بها كف غلامه، فعدا الغلام في الوادي وهو يصيح: يا يداه يا يداه! فسمعت الإبل فعطفت عليه، فقال مضر: لو اشتق مثل هذا لانتفعت به الإبل واجتمعت، فاشتق الحداء.
[ابن الجوزي في ((تلبيس إبليس))، ((الضعيفة)) (554)]

(Palsu)
Daripada Talhah Al-Makki, daripada sebahagian ulama’ mereka: Bahawa Rasulullah S.A.W berjalan pada suatu malam melalui jalan Makkah menuju ke arah seorang penyanyi yang menyanyi di belakang unta bersama dengan sekumpulan kaum. Lalu baginda memberi salam kepada mereka, dan berkata: Sesungguhnya penyanyi kami telah tidur, kemudian kami mendengar penyanyi kamu maka kami pun menuju ke arah kamu. Adakah kamu tahu dari mana datang nyanyian di belakang unta? Mereka menjawab: Kami tidak tahu, demi Allah. Lalu baginda berkata: Sesungguhnya bapa mereka Mudhar telah keluar menuju ke arah sebahagian haiwan gembalaan, kemudian dia mendapati untanya telah terpisah (dari kandangnya). Lalu dia mengambil sebatang tongkat dan memukul tapak tangan budak suruhannya dengan tongkat tersebut. Kemudian budak itu pun pergi ke sebuah lembah dan dia menjerit: Tangan aku! tangan aku! Kemudian unta tersebut mendengar jeritan tersebut lalu kembali semula kepadanya. Maka Mudhar pun berkata: Kalaulah aku melakukan perbuatan seperti ini nescaya unta-unta akan mengambil manfaat dan mereka akan berhimpun, lalu beliau pun melakukan nyanyian unta.
[Riwayat Ibn al-Jauzi dalam Talbis Iblis. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 554]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs