Sesungguhnya para sahabatku seperti bintang-bintang

TEKS BAHASA ARAB

إنما أصحابي مثل النجوم، فأيهم أخذتم بقوله؛ اهتديتم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya para sahabatku seperti bintang-bintang, maka sesiapa sahaja (dalam kalangan mereka) yang kalian ambil ucapannya nescaya kalian akan mendapat petunjuk.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1779, hadis nombor 8949. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((إنما أصحابي مثل النجوم، فأيهم أخذتم بقوله؛ اهتديتم)). [ذكره ابن عبد البر -معلقا-، ووصله عبد بن حميد، ابن بطة، ((الضعيفة)) (61)]

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya para sahabatku seperti bintang-bintang, maka sesiapa sahaja (dalam kalangan mereka) yang kalian ambil ucapannya nescaya kalian akan mendapat petunjuk.
[Disebutkan oleh Ibn ‘Abd al-Barr secara ta‘liq dalam al-Tamhīd, ‘Abd bin Ḥumaid menyambungnya dalam al-Muntakhab min al-Musnad, Ibn Baṭṭah dalam al-Ibānah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 61]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs