Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّما أَصْحابي مثلُ النُّجُومِ، فَأيُّهُمْ أخذْتُمْ بقولِهِ؛ اهْتَدَيْتُمْ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya para sahabatku seperti bintang-bintang, maka sesiapa sahaja (dalam kalangan mereka) yang kalian ambil ucapannya nescaya kalian akan mendapat petunjuk.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1779, hadis no. 8949. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya para sahabatku seperti bintang-bintang, maka sesiapa sahaja (dalam kalangan mereka) yang kalian ambil ucapannya nescaya kalian akan mendapat petunjuk. [Disebutkan oleh Ibn ‘Abd al-Barr secara ta‘liq dalam al-Tamhīd, ‘Abd bin Ḥumaid menyambungnya dalam al-Muntakhab min al-Musnad, Ibn Baṭṭah dalam al-Ibānah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 61]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman