Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ الزُّناةَ يأتونَ تَشْتَعِلُ وجوهُهُم نارًا.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya para penzina akan datang dalam keadaan wajah mereka menyala dengan api.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Busr RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2011, hadis no. 10092. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عبد الله بن بسر – رضي الله عنه – مرفوعا: إن الزناة يأتون تشتعل وجوههم ناراً. [طب، ((الضعيفة)) (3177)]
(Munkar) Daripada Abdullah bin Busr RA secara marfu’ – dinisbahkan kepada Nabi SAW: Sesungguhnya para penzina akan datang dalam keadaan wajah mereka menyala dengan api. [Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabeer. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3177]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman