Sesungguhnya para pejuang bakal dibangkitkan berdasarkan niat hati mereka

TEKS BAHASA ARAB

إنما يبعث المقتتلون على النيات

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya para pejuang (tentera yang berperang) bakal dibangkitkan (kelak di hari kiamat) berdasarkan niat hati mereka.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1029, hadis nombor 5282. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عمر، قال: قال – صلى الله عليه وسلم -: ((إنما يبعث المقتتلون على النيات)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (7128)]

(Sangat Lemah)
Daripada ‘Umar RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya para pejuang (tentera yang berperang) bakal dibangkitkan (kelak di hari kiamat) berdasarkan niat hati mereka.”
[Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 7128]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs