Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَا يُترَكُونَ فِي قُبُورِِهِمْ بَعْدَ أًرْبَعِينَ لَيْلَةً، وَلَكِنَّهُمْ يُصَلُُّونَ بَيْنَ يَدَيِ اللَّهِ حَتَّى يُنْفَخَ فِي الصُّورِِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya para nabi tidak ditinggalkan di dalam kubur mereka selepas 40 malam akan tetapi mereka solat di sisi Allah sehingga hari ditiupkan Sangkakala.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1655, hadis no. 8351. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن الأنبياء لا يتركون في قبورهم بعد أربعين ليلة، ولكنهم يصلون بين يدي الله حتى ينفخ في الصور)). [البيهقي في ((كتاب حياة الأنبياء))، ((الضعيفة)) (202)].
(Palsu) Daripada Anas RA secara marfu’ berkata: ((Sesungguhnya para nabi tidak ditinggalkan di dalam kubur mereka selepas 40 malam akan tetapi mereka solat di sisi Allah sehingga hari ditiupkan Sangkakala)). [Riwayat al-Baihaqi dalam kitab Hayat al-Anbiya’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 202].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman