Sesungguhnya para Nabi berbangga dengan ummat mereka akan ramainya umat mereka

TEKS BAHASA ARAB

إن الأنبياء ليتكاثرون بأمتهم وبكثرتهم، وإني لأرجو أن أكون أكثرهم، ولقد أعطي موسى بن عمران خصلات لم يعطهن نبي، إنه مكث يناجي ربه أربعين يوما، ولا ينبغي لمتناجين أن يتناجيا أطول من مناجاتهما


TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya para Nabi berbangga dengan ummat mereka akan ramainya umat mereka. Dan sesungguhnya aku berharap bahawa aku tergolong dalam golongan yang paling banyak ummat di antara mereka. Sesungguhnya Musa Bin Imran telah diberi ciri-ciri yang tidak diberikan kepada mana-mana Nabi. Sesungguhnya baginda terus bermunajat kepada Tuhannya selama empat puluh hari dan tidak ada orang yang sepatutnya bermunajat lebih lama daripada munajat mereka berdua (Allah dan Musa).


STATUS

Lemah


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1675, hadis nombor 8453. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Auf bin Malik ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat Ibn Hibban dalam al-Thiqat.

Ia dinilai lemah oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs