Sesungguhnya para nabi akan meramaikan umat mereka dan dalam sejumlah besar mereka itu

TEKS BAHASA ARAB

إن الأنبياء ليتكاثرون بأمتهم وبكثرتهم وإني لأرجو أن أكون أكثرهم، ولقد أعطي موسى بن عمران خصلات لم يُعطهن نبي، إنه مكث يناجي ربه أربعين يوماً، ولا ينبغي لمتناجين أن يتناجيا أطول من مناجاتهما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya para nabi akan meramaikan umat mereka dan dalam sejumlah besar mereka itu. Sesungguhnya aku berharap agar aku menjadi nabi yang paling ramai umatnya. Dan Musa bin Imran diberikan keistimewaan yang tidak diberikan kepada nabi selainnya. Sesungguhnya baginda bermunajat 40 hari, dan tidak ada manusia yang bermunajat lebih panjang daripada munajat baginda.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1809, hadis nombor 9120. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عوف بن مالك -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله ﷺ: إن الأنبياء ليتكاثرون بأمتهم وبكثرتهم وإني لأرجو أن أكون أكثرهم، ولقد أعطي موسى بن عمران خصلات لم يُعطهن نبي، إنه مكث يناجي ربه أربعين يوماً، ولا ينبغي لمتناجين أن يتناجيا أطول من مناجاتهما. [ابن حبان في (الثقات)، ((الضعيفة))(2450)]

(Lemah) Daripada ‘Auf bin Malik RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya para nabi akan meramaikan umat mereka dan dalam sejumlah besar mereka itu. Sesungguhnya aku berharap agar aku menjadi nabi yang paling ramai umatnya. Dan Musa bin Imran diberikan keistimewaan yang tidak diberikan kepada nabi selainnya. Sesungguhnya baginda bermunajat 40 hari, dan tidak ada manusia yang bermunajat lebih panjang daripada munajat baginda.” [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Thiqat. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no.2450]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs