TEKS BAHASA ARAB
إن الأنبياء يوم القيامة كل اثنين منهم خليلان دون سائرهم فخليلي منهم يومئذ خليل الله إبراهيم عليه السلام.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya para Nabi akan berpasangan sesama mereka pada hari kiamat kelak. Kekasihku pada hari itu ialah Ibrahim AS, kekasih Allah.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1048, hadis nombor 5361. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن سمرة رضي الله عنه مرفوعا: إن الأنبياء يوم القيامة كل اثنين منهم خليلان دون سائرهم فخليلي منهم يومئذ خليل الله إبراهيم عليه السلام. [طب، الضعيفة (2980)]
[Munkar] Daripada Samurah RA, daripada Nabi SAW: Sesungguhnya para Nabi akan berpasangan sesama mereka pada hari kiamat kelak. Kekasihku pada hari itu ialah Ibrahim AS, kekasih Allah. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 2980]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.