Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ الأَنْبِيَاءَ يَوْمَ القِيَامَةِ، كُلُّ اثْنَيْنِ مِنْهُمْ خَلِيْلَانِ دٌونَ سَائِرِهِمْ، فَخَلِيلِي مِنْهُمْ يَوْمَئِذٍ خَلِيلُ اللهُ إِبْرَاهَيمُ عَلَيْهِ السَّلَامُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya para Nabi akan berpasangan sesama mereka pada hari kiamat kelak. Kekasihku pada hari itu ialah Ibrahim AS, kekasih Allah.
Sahabat Perawi
- Samurah bin Jundub RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1048, hadis no. 5361. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن سمرة رضي الله عنه مرفوعا: إن الأنبياء يوم القيامة كل اثنين منهم خليلان دون سائرهم فخليلي منهم يومئذ خليل الله إبراهيم عليه السلام. [طب، الضعيفة (2980)]
[Munkar] Daripada Samurah RA, daripada Nabi SAW: Sesungguhnya para Nabi akan berpasangan sesama mereka pada hari kiamat kelak. Kekasihku pada hari itu ialah Ibrahim AS, kekasih Allah. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 2980]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman