Sesungguhnya para malaikat yang menyertai peperangan Badar

TEKS BAHASA ARAB

إن للملائكة الذين شهدوا بدرا لفضلا على من تخلّف منهم

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya para malaikat yang menyertai peperangan Badar itu bagi mereka kelebihan berbanding malaikat yang tidak menyertainya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1015, hadis nombor 5225. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن رافع بن خديج رضي الله عنه قال، قال رسول الله ﷺ: إن للملائكة الذين شهدوا بدرا لفضلا على من تخلّف منهم. [طب, الضعيفة (5888)]

(Munkar) Daripada Rafi’ bin Khadij RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya para malaikat yang menyertai peperangan Badar itu bagi mereka kelebihan berbanding malaikat yang tidak menyertainya. [Riwayat Al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 5888]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs