Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ للملائِكَةِ الَّذينَ شَهِدوا بدرًا لفَضلًا علَى مَن تخلَّفَ منهُم
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya para malaikat yang menyertai peperangan Badar itu bagi mereka kelebihan berbanding malaikat yang tidak menyertainya.
Sahabat Perawi
- Rafi' bin Khadij RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1015, hadis no. 5225. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن رافع بن خديج رضي الله عنه قال، قال رسول الله ﷺ: إن للملائكة الذين شهدوا بدرا لفضلا على من تخلّف منهم. [طب, الضعيفة (5888)]
(Munkar) Daripada Rafi’ bin Khadij RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya para malaikat yang menyertai peperangan Badar itu bagi mereka kelebihan berbanding malaikat yang tidak menyertainya. [Riwayat Al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 5888]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman