TEKS BAHASA ARAB
إن الملائكة نزلت على سِيماء الزبير يوم بدر. كانت عليه ريطة صفراء معتجرا بها.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya para malaikat turun pada hari peperangan Badar dengan memakai seperti pakaian Zubair. Zubair pada ketika itu memakai kain kuning yang dililit di kepalanya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1926 hadis nombor 9668. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن عروة، قال: قال رسول الله ﷺ: إن الملائكة نزلت على سِيماء الزبير يوم بدر. كانت عليه ريطة صفراء معتجرا بها.
[ابن سعد، ((الضعيفة)) (6477)]
(Lemah)
Daripada ‘Urwah, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya para malaikat turun pada hari peperangan Badar dengan memakai seperti pakaian Zubair. Zubair pada ketika itu memakai kain kuning yang dililit di kepalanya.
[Riwayat Ibn Sa’d. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6477]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.