Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ الملائكةَ نزلت على سيماءِ الزبيرِ يومَ بدرٍ. كانت عليه ريطةٌ صفراءُ معتجرًا بها.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya para malaikat turun pada hari peperangan Badar dengan memakai seperti pakaian Zubair. Zubair pada ketika itu memakai kain kuning yang dililit di kepalanya.
Sahabat Perawi
- ‘Urwah
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1926, hadis no. 9668. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عروة، قال: قال رسول الله ﷺ: إن الملائكة نزلت على سِيماء الزبير يوم بدر. كانت عليه ريطة صفراء معتجرا بها. [ابن سعد، ((الضعيفة)) (6477)]
(Lemah) Daripada ‘Urwah, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya para malaikat turun pada hari peperangan Badar dengan memakai seperti pakaian Zubair. Zubair pada ketika itu memakai kain kuning yang dililit di kepalanya. [Riwayat Ibn Sa’d. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6477]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman