Sesungguhnya para malaikat telah turun pada hari perang Badar dengan penampilan al-Zubair

TEKS BAHASA ARAB

إن الملائكة نزلت على سيماء الزبير يوم بدر.كانت عليه ريطة صفراء معتجرا بها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya para malaikat telah turun pada hari perang Badar dengan penampilan al-Zubair, beliau memakai selempang kuning di kepalanya yang dililitkan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1083, hadis nombor 5513. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عروة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن الملائكةَ نزلتْ على سِيماءِ الزبيرِ يومَ بدرٍ.كانت عليه رَيْطةٌ صفراءُ مُعْتَجِرًا بها.[ابن سعد، الضعيفة (6477)].

(Lemah) Daripada ‘Urwah RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya para malaikat telah turun pada hari perang Badar dengan penampilan al-Zubair, beliau memakai selempang kuning di kepalanya yang dililitkan. [Riwayat Ibn Sa‘d dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6477].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs