Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ الْمَلَائِكَةَ نَزَلَتْ عَلَى سِيمَاءِ الزُّبَيْرِ يَوْمَ بَدْرٍ. كَانَتْ عَلَيْهِ رَيْطَةٌ صَفْرَاءُ مُعْتَجِرًا بِهَا.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya para malaikat telah turun pada hari perang Badar dengan penampilan al-Zubair, beliau memakai selempang kuning di kepalanya yang dililitkan.
Sahabat Perawi
- Urwah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1083, hadis no. 5513. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عروة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن الملائكةَ نزلتْ على سِيماءِ الزبيرِ يومَ بدرٍ.كانت عليه رَيْطةٌ صفراءُ مُعْتَجِرًا بها.[ابن سعد، الضعيفة (6477)].
(Lemah) Daripada ‘Urwah RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya para malaikat telah turun pada hari perang Badar dengan penampilan al-Zubair, beliau memakai selempang kuning di kepalanya yang dililitkan. [Riwayat Ibn Sa‘d dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6477].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman