Sesungguhnya para malaikat telah turun dengan tanda penampilan al-Zubayr pada hari peperangan Badar

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الملائكة نزلت على سيماء الزبير يوم بدر. كانت عليه ريطة صفراء معتجرا بها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya para malaikat telah turun dengan tanda penampilan al-Zubayr pada hari peperangan Badar. Beliau memakai kain kuning yang dililitkan di kepalanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 539, hadis nombor 2839. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عروة، قال: قال رسول الله ﷺ: «إن الملائكة نزلت على سيماء الزبير يوم بدر. كانت عليه ريطة صفراء معتجرا بها». [ابن سعد، طب، «الضعيفة» (6477)].

(Lemah) Daripada ‘Urwah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesungguhnya para malaikat telah turun dengan tanda penampilan al-Zubayr pada hari peperangan Badar. Beliau memakai kain kuning yang dililitkan di kepalanya". [Riwayat Ibn Sa‘d dalam al-Ṭabaqāt dan al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6477].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.