Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya para malaikat telah turun dengan tanda penampilan al-Zubayr pada hari peperangan Badar

Teks Bahasa Arab

إنَّ الملائكةَ نزلت على سيماءِ الزبيرِ يومَ بدرٍ. كانت عليه ريطةٌ صفراءُ معتجرًا بها.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya para malaikat telah turun dengan tanda penampilan al-Zubayr pada hari peperangan Badar. Beliau memakai kain kuning yang dililitkan di kepalanya.

Sahabat Perawi

  1. ‘Urwah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 539, hadis no. 2839.

(ضعيف) عن عروة، قال: قال رسول الله ﷺ: «إن الملائكة نزلت على سيماء الزبير يوم بدر. كانت عليه ريطة صفراء معتجرا بها». [ابن سعد، طب، «الضعيفة» (6477)].

(Lemah) Daripada ‘Urwah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesungguhnya para malaikat telah turun dengan tanda penampilan al-Zubayr pada hari peperangan Badar. Beliau memakai kain kuning yang dililitkan di kepalanya". [Riwayat Ibn Sa‘d dalam al-Ṭabaqāt dan al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6477].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.