Sesungguhnya para malaikat saling berjabat tangan dengan Imran bin Husain

TEKS BAHASA ARAB

إن الملائكة كانت تصافح عمران بن حصين حتی اکتوی؛ فتنحت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya para malaikat saling berjabat tangan dengan Imran bin Husain sehinggalah (diketahui) dia melakukan kay (merawat sakit dengan besi panas). Maka para malaikat pun menjauhkan diri.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1890, hadis nombor 9516. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر) عن قتادة، قال: ((إن الملائكة كانت تصافح عمران بن حصين حتی اکتوی؛ فتنحت)). [ابن سعد، طب، ((الضعيفة)) (5354)].

(Munkar) Daripada Qatadah, dia berkata: "Sesungguhnya para malaikat saling berjabat tangan dengan Imran bin Husain sehinggalah (diketahui) dia melakukan kay (merawat sakit dengan besi panas). Maka para malaikat pun menjauhkan diri." [Riwayat Ibn Sa'd dan al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5354]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs