Sesungguhnya para malaikat mengenali anak keturunan Adam

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن ملائكة الله يعرفون بني آدم – أحسبه، قال: ويعرفون أعمالهم – فإذا نظروا إلى عبد يعمل بطاعة الله؛ ذكروه بينهم وسموه، وقالوا: أفلح الليلة فلان، نجا الليلة فلان، وإذا نظروا إلى عبد يعمل بمعصية الله؛ ذكروه بينهم وسموه، وقالوا: هلك فلان الليلة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya para malaikat mengenali anak keturunan Adam – aku menganggap perawi berkata: Dan mereka mengetahui amal perbuatan mereka – apabila para malaikat melihat seseorang hamba melakukan ketaatan kepada Allah, mereka akan menyebut hal tersebut sesama mereka dan menyebut namanya lalu mereka berkata: Si fulan telah berjaya pada malam harinya, si fulan telah menang pada malam harinya. Sekiranya mereka melihat seseorang hamba melakukan maksiat kepada Allah, mereka akan menyebut hal tersebut sesama mereka dan menyebut namanya lalu berkata: Si fulan telah binasa pada malam harinya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2074, hadis nombor 10408. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن ملائكة الله يعرفون بني آدم – أحسبه، قال: ويعرفون أعمالهم – فإذا نظروا إلى عبد يعمل بطاعة الله؛ ذكروه بينهم وسموه، وقالوا: أفلح الليلة فلان، نجا الليلة فلان، وإذا نظروا إلى عبد يعمل بمعصية الله؛ ذكروه بينهم وسموه، وقالوا: هلك فلان الليلة.
[البزار، ((الضعيفة)) (6766)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abū Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya para malaikat mengenali anak keturunan Adam – aku menganggap perawi berkata: Dan mereka mengetahui amal perbuatan mereka – apabila para malaikat melihat seseorang hamba melakukan ketaatan kepada Allah, mereka akan menyebut hal tersebut sesama mereka dan menyebut namanya lalu mereka berkata: Si fulan telah berjaya pada malam harinya, si fulan telah menang pada malam harinya. Sekiranya mereka melihat seseorang hamba melakukan maksiat kepada Allah, mereka akan menyebut hal tersebut sesama mereka dan menyebut namanya lalu berkata: Si fulan telah binasa pada malam harinya.
[Riwayat al-Bazzār dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6766]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.